Sabtu, 18 Februari 2012

Uncle Sheikh Corner-Restoran

Uncle Sheikh Corner - Restoran

Pelbagai menu masakan panas, western, chinese style dan terbaru hidangan Nasi Lemak KL ala Chef Zal turut disajikan disini.

Masakan Panas yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan kami adalah Nasi Goreng Daging Merah, Nasi Goreng Cendawan, Mee Goreng Mamak, Tom Yam, Sup Tulang,Char Kuew Teow dan lain-lain.

Jika anda ingin bertukar selera untuk menu makan petang atau malam, bolehlah mencuba Chicken Chop, Grilled Chicken, Beefsteak, Lamb Chop dengan dua pilihan kuah Blackpepper atau Mushroom. Salad dan French Fries turut disajikan bersama dengan hidangan utama.

Penggemar masakan cina juga boleh mencuba menu kegemaran ramai di restoran ini seperti Yee Mee Chinese Style, Kuew Teow Kantonis, Lemon Chicken atau Dry Chilli Squid. Dan semestinya anda tidak perlu lagi ragu untuk menjamah masakan ini kerana ianya halal dan bersih.

Jika inginkan sesuatu yang lebih santai, Nasi Lemak KL ala Chef Ala adalah pilihan terbaik. Disajikan dengan pelbagai lauk pauk seperti sambal kerang, sambal sotong, paru @ lempung masak bersambal, ayam goreng, ayam rendang, ikan, telur dan disajikan bersama dengan hirisan timun segar serta kacang tanah yang digoreng rangup untuk menambah selera.

Selamat menjamu selera!
;)