Kami merupakan pengusaha Restoran dan Katering yang berlokasi di Marang, Terengganu. Disediakan oleh Chef berpengalaman dalam bidang perhotelan. Pernah berkhidmat di beberapa hotel terkemuka seperti Awana Kijal Kemaman, Kelab Teluk Warisan & Ri-Yaz Heritage Pulau Duyung dan Terengganu Equastrian Resort Kuala Ibai. Untuk tempahan katering hubungi kami di 013-9205944 / 019-9653933
Isnin, 1 Oktober 2012
TEMPAHAN KATERING UNTUK 2013 DIBUKA!!
Buat pelanggan yang masih lagi tercari-cari katerer bagi majlis perkahwinan anda, Uncle Sheikh Corner sedia membantu anda. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan kualiti makanan dan servis perkhidmatan yang diberikan.
Menu Standard
Nasi Putih
Nasi Minyak
Gulai Daging Kawah
Ayam Masak Merah
Acar
Sambal Belacan
Buah-Buahan
Minuman
Bubur Kacang
Walaubagaimanapun, pelanggan boleh memilih menu sendiri jika inginkan kelainan. Harga Insya Allah berpatutan dan masih boleh dirunding.
Kami turut menyediakan Set DOME ala hotel yang boleh menempatkan 8-10 orang satu meja bulat yang lengkap dengan peralatan set Dome, pinggan kaca, gelas kaca, gelas puding,kain napkin bagi menjamu tetamu VIP/Kenamaan anda.
Ayuh! Tempahlah tarikh anda sekarang... :)
Sabtu, 22 September 2012
Selasa, 29 Mei 2012
Katering, Lauk Pengantin, Ukiran Buah, Set Makanan Meja VIP, Pelayan VIP semua ada disini!!!!
Inginkan sesuatu yang istimewa di Majlis Perkahwinan anda? Tempah set makanan meja VIP sekarang!!! Lauk pauk istimewa disajikan berserta peralatan DOME set, pinggan, gelas dan napkin...sesuai untuk Majlis Rasmi juga... :)
Sabtu, 24 Mac 2012
Hasil kerja kuat.... :)
Happy Birthday Chef Zal,Nuar,Matt & Pok Har!!
Happy Birthday untuk Chef & Crew Uncle Sheikh Corner....Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu....Keje rajin-rajin ye semua!!! :)
Nasi Lemak oh Nasi Lemak!
Kalau bercuti ke KL mmg tak lepas dari mencari Nasi Lemak KL....dengan pelbagai pilihan lauk,memberikan kelainan dari Nasi Lemak yang biasa dijual disini kerana kebiasaan orang Terengganu makan Nasi Lemak berlaukkan ikan aya@tongkol,ikan bilis dan telur rebus...Untuk mengubat kerinduan pada Nasi Lemak KL, kami di Uncle Sheikh Corner menyediakan menu Nasi Lemak berlauk....pilihan lauk yang boleh didapati disini adalah seperti Kerang dan Sotong bersambal, Paru@lempung bersambal, ayam rendang & ayam goreng, tidak ketinggalan juga ikan aya@tongkol bersambal disajikan bersama hirisan timun, telur rebus dan kacang goreng...Pasti membuka selera dan mengubat kerinduan pada Nasi Lemak KL.....
Makan-makan di Uncle Sheikh Corner
Sabtu, 18 Februari 2012
Uncle Sheikh Corner-Restoran
Uncle Sheikh Corner - Restoran
Pelbagai menu masakan panas, western, chinese style dan terbaru hidangan Nasi Lemak KL ala Chef Zal turut disajikan disini.
Masakan Panas yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan kami adalah Nasi Goreng Daging Merah, Nasi Goreng Cendawan, Mee Goreng Mamak, Tom Yam, Sup Tulang,Char Kuew Teow dan lain-lain.
Jika anda ingin bertukar selera untuk menu makan petang atau malam, bolehlah mencuba Chicken Chop, Grilled Chicken, Beefsteak, Lamb Chop dengan dua pilihan kuah Blackpepper atau Mushroom. Salad dan French Fries turut disajikan bersama dengan hidangan utama.
Penggemar masakan cina juga boleh mencuba menu kegemaran ramai di restoran ini seperti Yee Mee Chinese Style, Kuew Teow Kantonis, Lemon Chicken atau Dry Chilli Squid. Dan semestinya anda tidak perlu lagi ragu untuk menjamah masakan ini kerana ianya halal dan bersih.
Jika inginkan sesuatu yang lebih santai, Nasi Lemak KL ala Chef Ala adalah pilihan terbaik. Disajikan dengan pelbagai lauk pauk seperti sambal kerang, sambal sotong, paru @ lempung masak bersambal, ayam goreng, ayam rendang, ikan, telur dan disajikan bersama dengan hirisan timun segar serta kacang tanah yang digoreng rangup untuk menambah selera.
Selamat menjamu selera!
;)

Langgan:
Catatan (Atom)